FAQ

1. Tempahan Bilik

Harga tempahan bilik bermula 1 Nov 2024

5 Units – Gokyo Home – (5 person), breakfast included for 5 person

Weekend RM 380 | Weekday RM350

Booking now! 

2 Units – K2 Home – (5 person), breakfast included for 5 person

Weekend RM 380 | Weekday RM350

Booking now! 

2 Units – Manaslu Home – (5 person), breakfast included for 5 person

Weekend RM 350 | Weekday RM330

Booking now! 

3 Units – Annapurna Home – (5 person) breakfast included for 5 person

Weekend RM 330 | Weekday RM300

Booking now!

6 Units – Nuptse Home – (4 person) breakfast included for 4 person

Weekend RM 300 | Weekday RM280

Booking now!

6 Units – Ama Dablam Home – (2 person) breakfast included for 2 person

Weekend RM 240 | Weekday RM210

Booking now!

10 units – Cho Oyu Dome – River View – ( 3 person) breakfast included for 3 person

Weekend RM 250 | Weekday RM230

Booking now!

7 Units – Lhotse Dome – Pool View – ( 3 person) breakfast included for 3 person

Weekend RM 310 | Weekday RM280

Booking now!

7 Units – Pumori Dome –  ( 3 person) breakfast included for 3 person

Weekend RM 270 | Weekday RM240

Booking now!

9 Units – Makalu Dome –  (3 person) breakfast included for 3 person

Weekend RM 280 | Weekday RM250

Booking Now!

2 Units – Black Yak Dome – Private Pool –  (3 person) breakfast included for 3 person

Weekend/Public Holiday RM 380 | Weekday RM350

Booking Now!

1 Unit – Everest Glamp – Private Pool –  (6 person) breakfast included for 6 person

Weekend RM 560 | Weekday RM500

Booking Now!

Top of the World Glamp (THOR)
1 Glamping (3 person) (1 Queen 1 Single)
1 Nature Hike tent ⛺️ ( 2 person) 2 Single bed
Private Toilet, Private Parking, Outdoor Kitchen, BBQ Pit, Refrigerator, Gazebo, Riverview, Breakfast 5 people

Weekend RM499 | Weekday RM430

Booking now!

18 Tapak Khemah – RM50/day for weekend or weekday RM40/day plus RM10 for adult/day and RM5 for child/day.

  • Space size 450cm x 350cm
  • Space only, tent not provided & no rental.
  • Power point for each space.

Booking now!

*Price is per room/night
*Weekdays after less 10%
*Weekend rate (check-in Friday & Saturday)
*Gokyo Home, K2 Home, Annapurna Home, Manaslu Home, Nuptse Home, Ama Dablam Home & Everest Glamp – bathroom inside home.
*Cho Oyu Dome (formerly known as Everest Dome) – Outside & shared toilet/ bathroom.
*Lhotse, Pumori, Makalu, Black Yak & THOR – Outside & private toilet/bathroom.
*Black Yak Dome, Everest Glamp & THOR equipped with kitchen and BBQ pit
*Capacity 3 person (3 adults or 2 adults 2 kids.)
*Breakfast is available for all room types (except during ramadan month). Additional breakfast RM10/ person above 7 years old.
*Campsite/ Tapak Khemah – Khemah tidak disediakan. Bayaran tapak beserta bayaran individu. Shared toilet/ bathroom (separated male & female).

Download Room Brochure

Rujuk map untuk kedudukan bilik.

Anda boleh semak kekosongan tapak khemah/ bilik dan harga dari web ini.

Pilih bilik, kemudian di kalendar, pilih tarikh check-in dan check-out.

Tarikh yang tidak boleh dipilih bermaksud sudah penuh.

Klik butang Proceed jika anda ingin membuat bayaran dan tempahan.

Sila layari website himalayacamp.com dan ikut langkat berikut;

1. Pilih Jenis bilik atau tapak khemah dan klik butang Book Now
2. Ambil masa untuk baca Description, T&C dan Facilities
3. Klik butang Select Dates di tab Availability
4. Tarikh yang berwarna coklat bermaksud masih available.
5. Pilih Tarikh Masuk dan Tarikh Keluar dari kalendar.
6. People – Pilih bilangan orang. *Abaikan untuk tapak khemah
7. Rooms / Space – Pilih jumlah bilik atau tapak. *Jumlah adalah mengikut availability pada tarikh yang dipilih.
8. Extra Items – Sila pilih jumlah adult dan child. *Untuk Campsite sahaja.
9. Klik butang Proceed
10. Semak maklumat dan klik butang Proceed To Checkout
11. Masukkan maklumat anda dan klik butang Place Order
12. Sila lengkapkan bayaran. Bayaran online FPX sahaja.
13. Semak maklumat tempahan di dalam email.
14. Semasa check-in, hanya nyatakan Booking Number sahaja.

Boleh.

Contoh anda ingin tempah bilik Annapurna dan Tapak khemah.

Langkah pertama pilih Annapurna, pilih tarikh, unit dan klik butang ‘Proceed’. Annapurna  masuk dalam senarai Add to cart. Kemudian ulang langkah yang sama, pilih tapak khemah, pilih tarikh dan klik butang ‘Proceed’. Tapak juga akan masuk dalam senarai Add to cart. Terus langkah seterusnya untuk pembayaran.

Sila rujuk kepada T&C tempahan. Tiada refund untuk batal tempahan.

Anda boleh menukar tarikh ke tarikh baru sebelum 2 minggu dari tarikh check-in yang asal. Anda tidak boleh menukar tarikh dalam masa 2 minggu sebelum check-in.

Sila semak kekosongan tarikh check-in yang baru sebelum memohon pertukaran bilik.

Proses pertukaran tarikh.

1. Rujuk kepada T&C, anda boleh menukar tarikh ke tarikh baru sebelum 2 minggu dari tarikh check-in yang asal. Anda tidak boleh menukar tarikh dalam masa 2 minggu sebelum check-in.

2. Jika masih boleh, sila kemukakan Booking number dan

3. Sila semak kekosongan bilik untuk tarikh baru di web. Tarikh baru mestilah dalam tempoh masa 6 bulan.

*Penambahan harga boleh berlaku jika terdapat perbezaan harga untuk rate weekday/weekend atau anda booking dengan harga promo sebelumnya.

*Pertukaran tarikh hanya sekali sahaja dibenarkan.

Sila rujuk maklumat di https://himalayacamp.com/group-booking/

Untuk tempahan, tentukan jenis bilik dan jumlah, tarikh, nama organisasi, nama, no. tel dan email.

Untuk tempahan group lebih 40 orang atau lebih 10 bilik, boleh email ke booking@himalayacamp.com

Create your quotation

Anda boleh membuat kiraan untuk kos penginapan, makanan dan aktiviti dari file excel yang disediakan. Semak kekosongan bilik dengan admin web.

Updated 01.03.2025

Melihat kepada pengalaman serta pemerhatian sepanjang tahun. Kawasan Rock Garden dan Himalaya Camp jauh dari faktor yang melibatkan bencana alam yang teruk seperti banjir dan tanah runtuh.

Setiap tempahan tiada pulangan wang dikembalikan.

Boleh rujuk T&C tempahan bilik, pembatalan dan penukaran tarikh.

Tidak boleh.

Kedua dua camping resort adalah syarikat dan pengurusan yang berbeza.

Walk-in boleh tetapi bergantung kepada kekosongan bilik dan tapak khemah.

Adalah digalakkan untuk membuat tempahan melalui website bagi menjamin bilik.

Soalan.

Bolehkah kami dapat bilik bersebelahan dan pilih bilik Everest Dome bilik 2 dan 3 sebagai contoh.

Jawapan.

Setiap hari, tidak semua bilik tersedia atau kosong kerana ada tetamu camp yang menginap lebih dari satu malam. Jadi, bilik yang anda pilih mungkin sudah ada tetamu yang masih menginap di camp kami. Kebiasaannya kami akan memberi bilik bersebelahan jika anda menempah lebih dari satu bilik tetapi semuanya adalah bergantung kepada ketersediaan bilik.

Namun begitu anda boleh memohon semasa membuat tempahan. Kami akan cuba yang terbaik!

Boleh. LO diterima.

Anda perlu menyediakan deposit sebanyak 50%. Deposit akan dikembalikan.

Anda boleh dapatkan bantuan dari team kami. Sila klik icon WhatsApp di penjuru bawah website.

Anda boleh bayar semasa check-in.

Jika ada pertambahan individu, sila bayar semasa check-in.

Kami hadkan tempahan hingga setahun.

Paparan menunjukkan 4 bulan sahaja, untuk bulan seterusnya, sila klik icon anak panah/ arrow.

Bilik

Keseluruhan 61  bilik boleh memuatkan minima 207 orang.

Tapak Khemah

18 tapak khemah boleh memuatkan minima 54 orang.

Kami menyediakan bilik Ama Dablam yang berkapasiti 2 orang dewasa atau 2 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Atau boleh memilih  unit Dome yang boleh memuatkan 3 orang.

Cho Oyu Dome
Lothse Dome
Pumori Dome
Makalu Dome
Black Yak Dome

2. Kemudahan & Aktiviti

⛺️ Tapak khemah dengan plugpoint
🍽️ Dewan makan (60 orang)
🕌 Surau (60 orang)
🏨 Dewan glamping tertutup (150 orang)
🚗 130 tempat letak kereta
🚿 Tandas bersih

 


Surau terbuka.

New price starting 15 Nov, 2023

✅️ Whitewater Rafting
RM98.00/pax (Min 5pax)
– Include Lunch
RM90.00/pax (Min 5pax)
– Without Lunch

✅️ Paintball
RM98.00/pax (Min 6pax)

Package includes
– Marker set
– 150 pallet
– Masker
– Chest Pad
Battle in the field

✅️ Waterfall Abseiling
RM90.00/pax (Min 8pax)

✅️ Caving Gua Tempurung
RM50/pax (Min 8pax)
– Tour 3 (wet & dry)
– Personal Guide

✅️ Hiking Batu Putih
RM35.00/pax (Min 10pax)

✅️ ATV
RM110.00/pax/1ATV
RM140.00/2pax/1ATV
(1 Dewasa 1 kanak²)
(45 minit)

✅️ Teambuilding – Full day/ Half day/ Per activity
*Request for details

Untuk tempahan aktiviti boleh whatsapp 01129828746 atau 01139591545

Sila buat tempahan awal sebelum datang ke camp.

Download brochure.

Rainbow Slide

RM10.00/pax X 2 round

Operation time:

Morning : 8.30am – 12.00pm
Afternoon : 4.30pm – 7.00pm
Night : 8.00pm – 10.pm

** Open to public.

Buy ticket at reception office.

  • Dewan makan digunakan sepenuhnya untuk sarapan pagi.
  • Keutamaan dewan makan untuk tetamu yang mengambil pakej makan dengan caterer.
  • Dewan makan boleh digunakan oleh semua yang menginap di camp.
  • Tiada peralatan memasak di sediakan. Anda boleh memasak dengan menggunakan peralatan sendiri.
    * Peralatan memasak dan dapur di dewan makan adalah untuk kegunaan caterer dan kakitangan camp. * * Anda dilarang menggunakan dapur dan peralatan memasak yang ada di dewan makan.
  • Cerek / Kettele disediakan di dewan makan.
  • Peti sejuk beku juga disediakan. Sila bungkus dan label makanan anda.
  • Untuk menjalankan aktiviti di dewan makan, sila berhubung dengan reception office.
  • BBQ area di dewan makan di khususkan kepada tetamu yang mengambil pakej BBQ atau menyewa peralatan BBQ. Jika menggunakan tanpa kebenaran, anda boleh diminta meninggalkan kawasan BBQ.
  • Dilarang membawa kerusi, meja dan peralatan dewan makan ke bilik/ khemah anda.
  • Karaoke tidak dibenarkan.
  • Sila pastikan kebersihan dewan makan untuk keselesaan semua tetamu.

Dewan tertutup (Dome hall) berkapasiti 150 orang.

Kadar sewaan;
Setengah hari (6-8 jam)
RM1,000.00

Satu hari (8 pagi – 12 malam)
RM1,500.00

Dua hari (Cth. Jumaat petang – Ahad tengahari)
RM2,500.00

3H2M (Cth. Jumaat pagi – Ahad malam)
RM3,500.00

Kemudahan dewan;

  • Kipas angin besar
  • Portable air-cond
  • Pentas stage
  • Projector white screen
  • Mic & portable speaker
  • Kerusi & Meja (atas permintaan)

DEWAN TERBUKA HIMALAYA

– Kapasiti 60 pax
– Stage
– BBQ Pit
– Power point

Untuk group minima 30pax

Harga Sewaan

8.00 pagi – 5.00 petang
12.00 tengahari – 12.00 malam
RM450 sehari

3.00 petang – 12.00 malam
RM350.00

7.00 malam hingga 12.00 malam
RM250.00

 

BBQ area.

Hidangan buffet untuk tempahan makan

 

Lokasi Dewan Terbuka Himalaya

Berita baik untuk guest di Himalaya Camp dan Rockgarden, HC Mart kini telah dibuka di dalam camp.

HC Mart terletak bersebelahan dengan Reception Office.

Aneka makanan segera, air, biskut, keropok dan makanan sejuk beku ada dijual,

HC Mart beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

3. Makan & Minum

Ya, sarapan disediakan kepada yang menginap di bilik chalet sahaja. Bilik Annapurna Home, Manaslu Home, Nuptse Home, Ama Dablam, Cho Oyu Dome, Lhotse Dome, Pumori Dome, Makalu Dome, Black Yak Dome, Everest Glamp, DQ Glamp dan Top of the World Glamp (THOR).

Sarapan disedikan dalam bungkusan makanan (pack) mengikut maksimum kapasiti setiap bilik. Cth. Annapurna maksimum 5 orang. Sarapan disediakan 5 bungkus.

Sarapan secara hidangan buffet disediakan untuk group yang lebih dari 30 orang.

Untuk yang menginap di campsite, anda juga boleh memohon tambahan sarapan semasa check-in.

Bayaran untuk tambahan sarapan adalah.
Dewasa/kanak-kanak (7 tahun ke atas) – RM10.00

Sarapan dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

*Sarapan tidak disediakan untuk yang menginap di bulan Ramadan (Puasa).

Cafe Himalaya Camp mula beroperasi 1/1/2025

Waktu operasi
11am – 10pm

Tempahan makanan dari cafe camp.

Anda boleh buat tempahan untuk makan pagi, lunch, hi-tea, dinner atau BBQ.
Rujuk soalan Pakej makanan – group booking.

Harga Makanan/ Meals Price

Minum Pagi Morning Break
RM 12.00 (per pax)

Makan Tengahari Lunch
RM16.00 (per pax)

Minum Petang Hi-tea
RM 12.00 (per pax)

Makan Malam Dinner
RM16.00 (per pax)

BBQ
RM40.00/ pax

BBQ + Seafood (udang dan sotong)
RM50.00/ pax

We provide BBQ pit inclusive of charcoal and fresh grilling materials, but we leave all the grillling fun to you.
Kami menyediakan kelengkapan BBQ dan bahan perapan, dipanggang sendiri oleh anda untuk acara BBQ yang menyeronokkan.

*Hidangan secara buffet. Harga adalah untuk 1 pax, tiada harga untuk dewasa atau kanak-kanak.
Anda boleh membuat anggaran untuk jumlah (pax) tempahan dan minimum tempahan makanan adalah untuk 10 pax.
Setiap menu, tempahan minima adalah untuk 1o pax.

 

Gambar: Hidangan buffet.

Hidangan buffet adalah mengikut group dan menu yang dipilih. Setiap hidangan berasingan dan tidak bercampur dengan group lain jika ada tempahan lebih dari satu group.

**Untuk kurang 10 pax, anda boleh membuat tempahan makanan ala-carte di reception office.

*Tempahan perlu dibuat awal sebelum datang ke camp. Rujuk kepada menu dibawah, anda boleh memilih menu dari senarai menu yang disediakan.

* Klik download untuk senarai menu dan harga. Sila rujuk admin jika anda ingin ubah menu atau ada permintaan khas.

Cho Oyu Dome (formerly known as Everest Dome)

Anda boleh memasak di hadapan Cho Oyu Dome dengan jarak selamat. Anda boleh memasang flysheet tanpa bayaran tapak.

Annapurna, Manaslu dan Nuptse.

Dihadapan bilik chalet adalah tapak khemah. Jika anda ingin memasak di hadapan bilik, anda perlu booking tapak khemah. Harga seperti berikut;

Pasang khemah RM50/sehari
Pasang flysheet RM25/sehari
Tapak sahaja RM25/sehari

*Tapak di hadapan bilik bergantung kepada kekosongan.
*Khemah dan flysheet tidak disediakan.

Lhotse Dome & Pumori Dome

Tiada ruang untuk memasak, BBQ, memasang flysheet atau khemah di hadapan bilik.
Ruang BBQ ada disediakan di dewan makan.

Makalu Dome

Anda boleh memasak/ BBQ di hadapan Makalu Dome dengan jarak yang selamat. Sila pastikan kebersihan kawasan memasak.

Black Yak Dome

Ada ruang untuk memasak dan BBQ disediakan untuk setiap unit.

Top of the World Glamp

Ada ruang untuk memasak dan BBQ. Dapur, gas, arang, peti sejuk juga ada disediakan.

**Memasak adalah dilarang sama sekali di dalam semua jenis bilik atau dome.

Kelengkapan dapur unit THOR, Black Yak & Everest Glamp

– Dapur + gas
– Periuk & kuali
– Pinggan & mangkuk
– Cawan/ gelas
– Sudu & garfu
– Senduk & sudip
– Cerek elektrik
– BBQ pit

* Tambahan untuk unit THOR sahaja.
– Peti sejuk beku
– Ais batu
– Arang

Kami menyediakan beberapa kawasan untuk BBQ mengikut saiz group. Tiada sewa dikenakan untuk kawasan BBQ. Hanya sewa BBQ Pit.

Keutamaan BBQ area kepada yang ambil pakej BBQ.

Untuk BBQ area, BBQ Pit dan Pakej BBQ, Sila berhubung dengan reception office sebelum check-in.

BBQ Dinner Area A (30 – 60pax)

BBQ Dinner Area B (15 – 30pax)

BBQ Dinner Area C (10 – 15pax)

BBQ Dinner Area D private for guest THOR only (5 – 10pax).
Untuk yang menginap di unit THOR sahaja.

Anda boleh membawa BBQ pit sendiri.

Sewa BBQ Pit

BBQ pit kecil – RM30

BBQ pit besar – RM50

*Arang tidak disediakan.

Tempahan boleh di buat semasa check-in.

Anda boleh BBQ dihadapan bilik Cho Oyu Dome, Makalu Dome atau tapak khemah.

Unit THOR, Everest Glamp dan Black Yak Dome telah disediakan BBQ Pit dan dapur.

*BBQ menggunakan unggun api diatas rumput tidak dibenarkan dan BBQ di kawasan dewan makan adalah lebih sesuai dan selamat.

*BBQ/ masak tidak dibenarkan di hadapan Lhotse Dome dan Pumori Dome. Ada ruangan BBQ disediakan bersebelahan dewan makan.

Kami ada sediakan 2 peti sejuk beku (freezer) di dewan makan. Ianya adalah kegunaan semua, sila bungkus dan tulis nama anda.

Ada.

Cerek (kettle) ada disediakan di dewan makan.

Digalakkan membawa air mineral untuk minuman.

Sorry, no vegetarian food is served.

4. Tapak Khemah

Untuk berkhemah, bayaran dikenakan untuk tapak khemah dan juga individu. Harga tapak dan individu seperti berikut.

Bayaran Tapak Khemah
Weekday RM40.00/ sehari
Weekend RM50.00/ sehari

Bayaran Individu 
Dewasa (13 tahun dan keatas) RM10.00/ sehari
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM5.00/ sehari

1 Tapak khemah untuk 1 khemah sahaja.

Setiap tapak disediakan power point dan tandas yang dilengkapi dengan water heater.

Pemilihan tapak khemah adalah Free & Easy, First come first serve.  Susunan tapak khemah akan dibuat jika melibatkan group yang besar.

Saiz tapak khemah adalah 450cm x 350cm

Jika khemah atau flysheet anda lebih besar dari tapak khemah, sila booking lebih dari 1 tapak khemah.

Bergantung kepada kekosongan. Sila berhubung dengan Reception office.

Check-in 3.00 Petang
Check-out 12.00 Tengahari.

Kanak-kanak berumur bawah 7 tahun adalah percuma.

Free & Easy. First come first serve.

Anda boleh memilih tapak sendiri.

Susunan tapak khemah akan dibuat jika melibatkan group yang besar.

Tiada.

Khemah serta segala peralatan khemah tidak disediakan.

  1. Anda tidak boleh menggali lubang dan merosakkan permukaan tanah.
  2. Anda tidak dibenarkan untuk membuat unggun api di tapak khemah dan kawasan sekitar.
  3. Anda tidak boleh membuang sisa makanan dan masakan seperti minyak di tapak khemah
  4. Anda tidak dibenarkan memasang lagu terlalu kuat dan mengganggu orang lain.
  5. Minuman keras tidak dibenarkan dibawa ke tapak perkhemahan.
  6. Anda tidak boleh membawa binatang peliharaan seperti anjing.
  7. Aktiviti seperti karaoke adalah tidak dibenarkan. Permohonan mestilah dibuat kepada pihak resort.
  8. Tidak dibenarkan melakukan aktiviti sukan seperti bermain bola di tapak khemah.
  9. Peralatan elektrik yang menggunakan tenaga berlebihan seperti pressure cooker tidak dibenarkan.
  10. Untuk setiap aktiviti di kawasan tapak khemah, perlu mengambilkira keselamatan dan keselesaan semua pengunjung/ pengguna.

Anda boleh buat bayaran untuk tambahan orang semasa check-in.

5. Bilik Chalet

Kami mempunyai 24 unit chalet tandas & bilik air di dalam.
Sarapan disediakan.

5 Unit Gokyo Home – Max 5 person/room
2 Unit K2 Home
– Max 5 person/room
3 Unit Annapurna Home – Max 5 person/room
2 Unit Manaslu Home – Max 5 person (connecting room)/room
6 Unit Nuptse Home – Max 4 person/room
6 Unit Ama Dablam Home – Max 2 person/room

7 Unit Lhotse Dome – Max 3 person/room
Tandas & bilik mandi diluar – Individual
Sarapan disediakan.
Pool view.

7 Unit Pumori Dome – Max 3 person/room
Tandas & bilik mandi diluar – Individual
Sarapan disediakan.

7 Unit Makalu Dome – Max 3 person/room
Tandas & bilik mandi diluar – Individual
Sarapan disediakan.

10 Unit Cho Oyu Dome (formerly known as Everest Dome)  – Max 3 person/room
Tandas & bilik mandi diluar – Sharing
Sarapan disediakan.
River view.

2 Unit Black Yak Dome  – Max 3 person/room
– Private pool, kitchen, BBQ pit

1 Unit Everest Glamp Dome  – Max 6 person/room
– Private pool, kitchen, BBQ pit

1 Top Of The World Glamp (rooftop)
– 1 unit Dome – 3 person
– 1 unit Tent – 2 person
– Private toilet, private parking, BBQ pit, Refrigerator
– Riverside

Brochure Bilik

Secara asasnya, kami akan menyusun bilik secara bersebelahan. Tetapi, ianya bergantung kepada kekosongan. Bukan semua bilik kosong setiap hari.

Kami menerima banyak permintaan untuk dapatkan bilik tertentu seperti di hujung sekali. Anda boleh membuat permintaan tetapi, ianya bergantung kepada kekosongan. Bukan semua bilik kosong setiap hari.

Boleh.

Bergantung kepada kekosongan. Jika ada perbezaan harga, anda perlu bayar tambahan.

Boleh di hadapan Annapurna, Manaslu, Nuptse dan Everest Dome.

Anda perlu tempah sekali tapak khemah di web. * Bergantung kepada kekosongan.

Di hadapan Cho Oyu Dome.
Hanya muat khemah bersaiz kecil dan harga tapak khemah 50% dari harga biasa. Tidak perlu tempahan di web, anda boleh buat bayaran di Reception Office.

Tidak boleh di hadapan Lhotse, Pumori & Makalu Dome. Tiada ruang untuk tapak khemah atau flysheet.

Di dalam bilik TIDAK disediakan tuala, cerek, peti sejuk, air minuman, saterika, pengering rambut dan peralatan mandian.

Towels, kettle, fridge, drinking water, iron, hair dryer and toiletries are NOT provided in the room.

Iron / Saterika ada disediakan di ruangan khas. Boleh rujuk reception office.

Sila berhubung dengan pengurusan atau admin terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran.

Kami memetingkan keselesaan anda. Ada unit kami yang tidak mempunyai ruang tambahan untuk tambahan orang.

6. Soalan Umum

Search Rock Garden & Himalaya Camp menggunakan applikasi Waze sehingga jumpa signboard Rock Garden & Himalaya Camping Resort.

Use Waze to drive to Himalaya Camp:
https://waze.com/ul/hw0zcqc62r

Use Maps to drive to Trailhead Bukit Batu Putih:

Google Map;
https://maps.app.goo.gl/HcPuVtAheCSe1EgQA

Check-in awal adalah bergantung kepada ketersediaan/ availaibity bilik dan tapak khemah.

Anda boleh semak dengan reception office pada hari check-in.

Anda boleh memancing di kolam ikan (bersebelahan Annapurna Home/ Cafe) Himalaya Camp atau memancing di sungai. Untuk memancing di sungai, dilarang memancing di kawasan orang ramai mandi manda.

Kami tidak menyediakan/ menjual/ menyewa segala peralatan/ umpan untuk memancing. Sila bawa keperluan memancing anda.

Aktiviti di atas risiko anda sendiri.

*Memanding di kolam berhampiran Dome Hall adalah dilarang.

Adakah dibenarkan berkaraoke?

Karaoke hanya dibenarkan jika anda menempah keseluruhan camp sahaja atau menyewa Dome Hall sahaja.

Waktu karaoke dari jam 8 malam hingga 11 malam sahaja.

Bas 20 seat – Boleh masuk.

Bas 40 seat – Tak boleh masuk.

Adakah Rock Garden Camping Resort & Himalaya Camp sama?

Rock Garden Camping Resort dan Himalaya Camp adalah 2 camp yang berbeza dan di bawah pemilik dan pengurusan yang berbeza.

Boleh rujuk map sebagai panduan kedudukan setiap bilik, sungai dan fasiliti di camp.

Untuk lawatan/ recce / survey. Anda boleh terus datang ke reception office.

Waktu melawat adalah diantara 9am hingga 11.45am dan
3.30pm hingga 5.00pm

Anda tidak boleh berlegar-legar di kawasan camp tanpa kakitangan untuk menjaga keselamatan dan privasi guest camp.

Untuk keselesaan pelanggan kami, kawasan ini hanya untuk guest / menginap atau mengambil pakej aktiviti sahaja.

Untuk tujuan survey, sila berhubung dengan kakitangan camp terlebih dahulu.